fbpx

Conte tidak perlukan Eriksen lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN perlu segera meninggalkan Inter jika kelab itu berjaya mendapatkan Wijnaldum. - AFP

MILAN – Bintang buangan Inter Milan, Christian Eriksen perlu berhijrah meninggalkan pasukan itu untuk menyelamatkan masa depannya selepas dia dilihat langsung tiada dalam perancangan Antonio Conte.

Ia selepas Eriksen, 28, lebih banyak memanaskan bangku simpanan Inter sejak berhijrah daripada Tottenham Hotspur dengan yuran perpindahan bernilai £17.5 juta (RM95 juta) pada Januari lalu.

Kapten Denmark itu sepatutnya menjadi ‘arkitek’ bahagian tengah Inter tetapi sebaliknya berlaku apabila dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan taktikal dan formasi permainan 3-5-2 yang diterapkan Conte.

“Pemain sepatutnya boleh menerima sebarang idea dan projek baharu bagi membolehkan mereka kekal kompetitif bersama kelab dan di peringkat antarabangsa.

“Segala keputusan yang dibuat demi kebaikan Inter, bukan semata-mata untuk seorang pemain. Jika anda menyertai Inter, anda perlu menjadi seorang pemain versatil dan mempu­nyai kemahiran yang bagus,” kata Conte.

Dalam perkembangan sama, Inter dilaporkan berminat mendapatkan tandatangan pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum secara percuma apabila kontraknya tamat pada Jun tahun depan.

Jika menjadi kenyataan, kehadiran kapten Belanda berusia 30 tahun itu bakal menyaksikan pengakhiran karier buat trio bahagian tengah Inter diketuai Eriksen, Radja Nainggolan dan Matias Vecino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI