fbpx

Tiga pemain Real Madrid ditahan rakam video seks bawah umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pemain Real Madrid disoal siasat berhubung aduan mengenai perkongsian video seksual. - AFP

MADRID, Sepanyol – Polis Sepanyol menahan tiga pemain kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid atas dakwaan mengedarkan klip video seks memaparkan seorang remaja bawah umur, lapor akhbar The Guardian.

Pemain yang identiti mereka tidak didedahkan itu kemudian dibebaskan susulan keputusan mahkamah selepas data telefon bimbit mereka disiasat, kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Kes itu berpunca daripada aduan yang dibuat oleh ibu kepada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kepulauan Canary berhubung rakaman video tersebut.

Menurut polis, walaupun hubungan seks itu dilakukan secara ‘suka sama suka’, mangsa memaklumkan bahawa rakaman video pada Jun lalu itu dibuat tanpa persetujuannya dan dia hanya mengetahui tentangnya baru-baru ini.

Tangkapan itu dibuat ketika gelombang kemarahan tercetus terhadap bekas bos persekutuan bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales kerana mencium bibir bintang bola sepak wanita tempatan, Jenni Hermoso pada bulan lalu.

Polis berkata, ketiga-tiga pemain itu ditahan di kompleks sukan Real Madrid, manakala pemain keempat sedang disiasat. Seorang daripada mereka yang ditahan ialah pemain simpanan dan dua lagi bermain untuk pasukan ketiga.

Real Madrid mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa empat pemain pasukan remaja itu disoal siasat polis berkaitan aduan mengenai perkongsian video peribadi melalui sistem pemesejan WhatsApp. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI