fbpx

Che’gu Bard ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Shuhaily (tengah) pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR -Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard ditahan polis di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Penahanan itu dibuat susulan keengganan dirinya memberikan kerjasama atas proses siasatan terhadap enam kertas siasatan yang telah dibuka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, antara kesalahan tersebut adalah menyentuh isu blok Ambalat, pendedahan dokumen rasmi kerajaan dan beberapa kes yang lain.

Jelas beliau, tangkapan tersebut tidak melibatkan ‘Himpunan Aman Selamatkan Malaysia’ yang dijadualkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, Sabtu ini.

“Tangkapan dibuat atas kegagalan memberikan kerjasama dirinya dalam enam kes disiasat pihak polis.

“Dia (Badrol) sepatutnya hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini untuk dirakam keterangan namun masih tidak memberikan kerjasama,” katanya pada sidang akhbar khas di IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.

Antara kes yang diasat adalah kenyataan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan Ambalat Kepada Indonesia, pendedahan dokumen kerajaan dan beberapa kes berkaitan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan.

Kesemua kes tersebut disiasat dibawah di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 203A KK, Seksyen 504 KK, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memaklumkan, sebelum pihaknya telah memberikan notis terhadap Che’gu Bard namun dirinya memaklumkan enggan merakamkan percakapan.

“Pihak kami tiada pilihan selain memohon waran untuk melengkapkan siasatan keatas enam kes tersebut. Kertas siasatan perlu dilengkapkan sebelum dikemukan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Ia satu proses siasatan, bukan untuk tuduh dan sebagainya. Tindakannya seolah mencabar proses siasatan dan perundangan negara. Kita tak mahu mengeluarkan waran tapi terpaksa,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI