fbpx

Mat Salleh Cari Makan raikan 10 tahun menetap di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Rhys (kiri) ketika baru sahaja tiba di Malaysia pada tahun 2013 dan dirinya kini pada tahun 2023 aktif dalam 'review' makanan di Malaysia (kanan).

PETALING JAYA – ‘Pindah ke Malaysia merupakan keputusan paling ‘best’ saya buat sepanjang hidup saya’

Itulah ungkapan pengacara warga Britain, Rhys William James Woodfield atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan dalam meraikan ulang tahun ke-10 menetap di Malaysia, semalam.

Rhys yang juga merupakan seorang penulis blog makanan berkata, ketika tiba di Malaysia pada 13 September 2013 lalu, dia tekad untuk berpindah keluar dari rumahnya di United Kingdom (UK).

Ujarnya yang berusia 36 tahun, setelah tiba di Malaysia dengan sebuah bagasi sahaja, dia sempat merakamkan gambar ketika makan mee goreng di warung tepi jalan berdekatan sebuah hotel.

“Masa tu saya tak tahu apa akan jadi di Malaysia, saya cuma tahu impian saya memang nak cuba menetap di sini.

“Sekarang Alhamdulillah, 10 tahun kemudian memang nampak rezeki Rhys di sini, dah ada kerjaya saya suka, dan hidupan seharian sangat bahagia.

“Paling penting, saya memang rasa diterima sini. Lebih dari separuh kehidupan dewasa saya di Malaysia, dan disini betul-betul jadi rumah saya dah,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, walaupun dirinya masih rakyat UK, namun setiap kali pulang ke kampung halaman, Rhys berasa tidak sabar untuk balik ke Malaysia.

Dalam pada itu, meskipun banyak pengalaman positif di Malaysia, terdapat pelbagai pengalaman suka duka sepanjang Rhys melalui tempoh 10 tahun ini.

Bersikap positif, Rhys bagaimanapun sedar tentang realiti kehidupan yang akan menguji seseorang jika benar-benar inginkan sesuatu.

“Tahun depan, dan tahun berterusan saya masih menetap di Malaysia, dan masih boleh menyambut ulangtahun di sini.

“Saya sentiasa muhasabah diri betapa bertuahnya dengan peluang dan rezeki ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang sentiasa menyokong dan terima saya selama ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI