fbpx

Budak lelaki ajal akibat lemas di Sungai Ibai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Tuan Muhammad Iyad yang lemas di Sungai Ibai, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut akibat lemas ketika mandi di Sungai Ibai berhampiran Kampung Laut di sini hari ini.

Mayat Tuan Muhammad Iyad Tuan Noor Marzuki dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 6.48 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusmizan Yusof berkata, mangsa dikatakan ke lokasi kejadian bersama tiga rakannya.

Beliau berkata, tiga rakannya dikatakan memancing di lokasi kejadian manakala Tuan Muhammad Iyad pula mandi bersendirian sebelum tiba-tiba lemas pada pukul 5.20 petang.

“Sepasukan sembilan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian lemas tersebut pada pukul 5.29 petang.

“Pencarian selama lebih sejam berjaya menemukan mayat mangsa di dalam dasar sungai berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Yusmizan berkata, mayat Tuan Muhammad Iyad ditemui pada kedudukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia kali terakhir ditemui.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI