fbpx

Djokovic mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC meraih kemenangan pertama pada aksi Kumpulan Tokyo selepas menundukkan Schwartzman awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas menewaskan Diego Schwartzman dengan keputusan straight set 6-3, 6-2 pada aksi peringkat Kumpulan Tokyo di Kejohanan Final ATP di Arena O2 awal pagi semalam.

Kata Djokovic, keputusan tersebut bukan mudah untuk dilakar selepas Schwartzman dianggap sebagai salah seorang pemain meningkat naik yang konsisten dalam siri Jelajah ATP musim ini.

“Saya sangat gembira dengan prestasi peribadi khususnya pada set kedua yang mana perlawanan ini dilihat agak mudah.

“Namun, pada set pertama saya akui agak sedikit bergelut dan pujian wajar diberikan kepada Schwartzman yang memberikan tentangan sengit sebelum saya berjaya dapat meraih mata pada kedudukan 4-3,” kata Djokovic.

Sementara itu, pemain sensasi Rusia, Daniil Medvedev turut memulakan saingan peringkat Kumpulan Tokyo dengan langkah kanan selepas menewaskan Alexander Zverev untuk berkongsi kedudukan di tangga teratas bersama Djokovic.

Medvedev berkata, keyakinan menjadi kunci utama buatnya melakar kemenangan ke atas Zverev terutama baru menewaskan pemain itu pada pentas final Kejohanan Paris Masters awal bulan ini.

“Memandangkan kami baru sahaja bertemu baru-baru ini, sudah tentu saya tampil lebih yakin dan saya rasa perlawanan kali ini tidak begitu sukar walaupun pada set pertama saingan agak seimbang.

“Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dan saya harap momentum ini dapat diteruskan untuk aksi kedua nanti,” kata Medvedev yang kini menduduki ranking No. 4 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI