fbpx

Ladang durian musang king terbesar kini di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Fadzli Hassan (tiga dari kiri) menunjukkan durian musang king yang keluarkan oleh Ladang Sindiyan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Kelantan merekodkan sejarah baharu apabila memiliki ladang durian musang king terbesar di negara ini yang berkeluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, ladang milik Sindiyan Plantation Sdn. Bhd. (Sindiyan) itu dilihat mampu menjulang nama Kelantan di pentas Asia sebagai pengeluar utama musang king pada masa hadapan.

Menurutnya, ini kerana, musang king berasal di Kelantan dan rakyat mengenalinya sebagai raja kunyit.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Sindiyan mahu menjadikan kawasan Tanah Tinggi Lojing sebagai lokasi agropelancongan tidak lama lagi.

“Selain itu, kerajaan negeri berharap ladang berkenaan menjadi sebuah pusat pengumpulan buah-buahan untuk disimpan sebelum diproses dan dieksport dengan menggunakan lambang Kelantan,” katanya selepas Majlis Pengiktirafan ‘Malaysia Book Of Records’ kepada pihak Sindiyan yang dinobatkan sebagai ladang durian musang king terbesar di Malaysia di Tanah Tinggi Lojing, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sindiyan, Symantha Chai memberitahu, pihaknya mempunyai lebih 200,000 pokok durian musang king yang ditanam
sejak tujuh lalu.

Katanya, pembukaan ladang itu dilihat mampu membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat selain kelestarian kepada alam sekitar.

“Melalui usahasama dengan Syarikat Hernan Corporation Sdn. Bhd., kita menyasarkan akan menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Kerjasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian dari Malaysia.

“Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan buah tersebut, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI