fbpx

TSG sasar pertahan satu gelaran pada saingan LTdL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR AIMAN (dua dari kanan) menjadi sandaran TSG untuk mempertahankan sekurang-kurangnya satu daripada dua gelaran pada LTdL bermula 23 September ini.

PASUKAN berbasikal berstatus benua, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) menyasarkan untuk mempertahankan sekurang-kurangnya satu daripada dua gelaran yang dimenangi tahun lalu pada Le Tour de Langkawi (LTdL) bermula 23 September ini.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, pasukan tersebut akan mempertaruhkan enam pelumba termasuk tiga pelumba import diketuai Nur Amirull Fakhruddin Mazuki selaku kapten.

Beliau berkata, pakar mendaki, Nur Aiman Zariff dan Jambaljamts Sainbayar dari Mongolia menjadi taruhan terbaik untuk menyinar pada saingan LTdL yang memasuki edisi ke-27 berkenaan.

“Selain Nur Amirull Fakhruddin dan Nur Aiman, TSG turut mempertaruhkan pelumba berpengalaman, Mohd. Harrif Saleh, Jeroen Meijers (Belanda), Youcef Reguigui (Algeria) dan Sainbayar.

“Sasaran kami pada LTdL kali ini adalah untuk mempertahankan gelaran jersi merah atau raja bukit yang dimenangi Nur Aiman atau pelumba terbaik Asia milik Sainbayar yang dimenangi tahun lalu,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Peringkat pertama LTdL akan bermula 23 September ini melibatkan perlumbaan sejauh 184.4 kilometer dari Kerteh, Kemaman ke Kuala Terengganu.

Nasiruddin berkata, TSG juga berhasrat memenangi sekurang-kurangnya satu kedudukan podium pada pe­ringkat perlumbaan LTdL kelak.

Tambah beliau, TSG optimis mampu mempamerkan persembahan terbaik pada LTdL dengan prestasi dan momentum barisan pelumbanya kini pada tahap terbaik dalam beberapa kejohanan disertai.

“Motivasi pasukan cukup cemerlang ketika ini selepas muncul pasukan terbaik pada Jelajah Iran yang berstatus 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) awal bulan ini.

“Walaupun akan dicabar pasukan jelajah dunia dan profesional benua, kita yakin dapat memberi cabaran terutama daripada Nur Aiman dan Sainbayar bagi zon pendakian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI