fbpx

Konduktor bas pengsan penangan bau durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kussama pitam kerana mengalami alahan terhadap bau durian. – Mothership

BANGKOK, Thailand  –  Seorang konduktor bas pitam selepas menghidu bau buah durian yang dibawa penumpang dalam insiden yang turut menyebabkan kenderaan pengangkutan awam  itu mengalami kelewatan, lapor portal berita Mothership semalam.

Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.

Keadaan itu berlaku katanya, kerana dia alah pada durian.

Kata Kussama lagi, selepas menyedari penumpang tersebut membawa durian, dia menegurnya  kerana buah durian dilarang dalam pengangkutan awam di Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama dilihat terbaring di atas tempat duduk bas sambil dibantu oleh dua individu.

Tambah Kussama, insiden itu menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI