fbpx

Mercedes berharap Hamilton terus kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mengesahkan kejuaraan dunia ketujuh selepas muncul juara pada perlumbaan GP Turki hujung minggu lalu. – AFP

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berharap perbincangan mengenai lanjutan kontrak pelumba utama yang juga juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton untuk terus kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) untuk saingan musim depan akan segera bermula.

Sebagai rekod, Hamilton masih lagi segar dengan kejayaan mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut dan ketujuh dalam karier selepas merekodkan kemenangan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Turki pada minggu lalu.

Bagaimanapun, masa depan Hamilton masih menjadi tanda tanya kerana kontraknya bersama Mercedes akan berakhir pada penghujung musim ini dan pelumba kelahiran Britain itu belum membuat keputusan untuk kekal atau sebaliknya.

Kata Wolff, sukar untuk pasukan meyakinkan atau memberi motivasi untuk Hamilton kekal selepas mengesahkan status­nya selaku pelumba F1 terbaik sepanjang zaman setaraf dengan legenda Jerman, Michael Schumacher.

“Kami sememangnya berhasrat untuk melanjutkan kontrak Hamilton dan saya harap perbincangan dapat dilakukan dalam masa terdekat. Namun, ia bukanlah mudah kerana kami mahu memberinya ruang untuk meraikan kejayaan dunia yang diraihnya ketika ini.

“Secara peribadi, bukanlah sesuatu rahsia bahawa pasukan mahu mengekalkan khidmat Hamilton untuk tempoh yang panjang dan hubungan kami dengannya lebih daripada sekadar rakan sepasukan tetapi lebih kepada keluarga,” katanya.

Difahamkan, Mercedes telah meletakkan tawaran lumayan buat Hamilton bagi digandingkan dengan pelumba No. 2, Valtteri Bottas dengan gaji sebanyak £40 juta (RM217 juta) semusim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI