fbpx

[VIDEO] Banjir kilat di beberapa kawasan sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Jalan Segambut petang tadi.

PETALING JAYA – Jalan sesak di sekitar ibu negara selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat petang tadi.

Antara laluan yang terjejas adalah Jalan Keramat, Jalan Segambut, Jalan Hang Lekiu dan Jalan 21/26 di Taman Sri Rampai.

Hujan lebat sejak pukul 4.30 petang itu turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang di Jalan Damansara dan Blok B Projek Perumahan Rakyat Air Panas, Setapak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bermula pukul 5.53 petang hingga 6.20 petang berhubung banjir kilat dan pokok tumbang di kawasan berkenaan.

“Berdasarkan semua panggilan kecemasan, kawasan terjejas teruk adalah Jalan Segambut apabila air sedalam satu meter menaiki kawasan berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan terkandas.

“Air mula surut selepas hujan reda dan pihak bomba masih berada di lokasi bagi melakukan pemantauan selain memastikan keselamatan di lokasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, bagi kejadian pokok tumbang, tiada kenderaan mahupun mangsa terlibat dan kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI