fbpx

Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indera Khairul Dzaimee.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan kakitangan yang menyalahgunakan kuasa bagi tujuan kepentingan peribadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka yang terlibat perlu bersedia menghadapi tindakan undang-undang.

“Mereka turut berdepan hukuman penjara dan ditamatkan perkhidmatan sekiranya didapati bersalah di bawah Akta dan Peraturan-peraturan Imigresen,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berhubung penahanan pegawai-pegawai Imigresen oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti pemalsuan cap keselamatan imigresen.

Artikel berkaitan : Sembilan pegawai imigresen antara 13 ditahan 

“Dalam perkara ini, penahanan mereka adalah hasil kerjasama imigresen dan SPRM khususnya dalam perkongsian maklumat yang diperoleh daripada maklumat orang ramai.

” Jabatan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan dan akan dilaksanakan dengan penuh profesional,” katanya.

Katanya lagi, penahanan pegawai-pegawai itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan operasi jabatan dalam melaksanakan tugas-tugas harian dan penyampaian perkhidmatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI