fbpx

Satu DUN, satu pusat isolasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR MAS – Kerajaan negeri akan membuka sebuah pusat isolasi untuk individu yang bergejala Covid-19 atau datang dari zon merah di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengelakkan penularan wabak itu sepanjang musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, kewujudan pusat berkenaan merupakan salah satu usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Menurutnya, pusat itu merupakan lokasi berasingan yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir.

“Mangsa banjir yang datang dari kawasan zon merah atau mempunyai gejala akan disaring telebih dahulu. Jika positif, kita akan rujuk ke pusat rawatan Covid-19 untuk tindakan lanjut.

“Kalau negatif, individu terlibat akan dikuarantin selama 14 hari mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Terdahulu, beliau turun padang meninjau persiapan PPS dan SOP semasa musim banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Lati di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr. Zaini Husin.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, mangsa banjir turut diingatkan supaya tidak berselindung jika mempunyai gejala atau masalah kesihatan.

Katanya, maklumat awal itu akan memudahkan tugas pasukan perubatan membuat pemantauan.

“Disebabkan pandemik ini kita terpaksa kecilkan PPS bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.

“Sebanyak 539 PPS akan beroperasi sepanjang banjir tahun ini dengan 336 daripadanya merupakan kawasan sekolah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI