fbpx

EPL: Nilai skuad United hampir £1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar, namun mereka masih bergelut untuk mencabar kejuaraan EPL sejak beberapa musim lalu. - AFP

LONDON – Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES) mendedahkan bahawa Manchester United memiliki nilai pasukan semasa paling mahal mengatasi dua lagi pencabarnya di Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Manchester City.

Kajian yang didedahkan CIES kelmarin menunjukkan United telah berbelanja £989 juta (RM5.78 bilion) untuk mendapatkan semua pemain mereka dan pengurus mereka, Erik Ten Hag sudah hampir menghabiskan £400 juta (RM2.33 bilion) sejak tiba di Old Trafford Mei tahun lalu.

Chelsea pula berada di kedudukan kedua dengan perbelanjaan sebanyak £975 juta (RM5.70 bilion) sejak diambil alih oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital kira-kira 18 bulan lalu.

Satu lagi pasukan dari England, City pula dikesan sudah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £896 juta (RM5.24 bilion) untuk melengkapkan pasukan mereka dan berjaya mendapatkan empat pemain baharu musim panas kali ini.

Bagi jumlah perbelanjaan lebih terperinci, Liverpool menjadi pasukan yang mengeluarkan perbelanjaan paling tinggi bagi posisi penjaga gol dengan nilai £63 juta (RM368.44 juta) dan United mendominasi nilai bahagian pertahanan dan serangan dengan jumlah keseluruhan £683 juta (RM3.99 bilion)

Pembelian Moises Caicedo yang menjadi rekod perpindahan di England pada harga £115 juta (RM672.55 juta) menyumbang kepada peningkatan nilai pada posisi tengah Chelsea dengan nilai keseluruhan sebanyak £364 juta (RM2.12 bilion).

Dua pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke EPL, Sheffield United dan Burnley menjadi pasukan yang paling sedikit berbelanja dengan nilai £128 juta (RM747 juta) dan £180 juta (RM1.05 bilion) masing-masing tanpa mengambil kira Luton Town yang terkeluar dari senarai 100 pasukan.

Everton yang sudah membelanjakan sebanyak £360 juta (RM2.1 bilion) untuk membentuk pasukan mereka ketika ini, namun masih bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar sejak dua musim sebelum ini termasuk pada kempen kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI