fbpx

Taufan Daniel: Tiada rakyat Malaysia terjejas di Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kawasan kejiranan selepas dilanda banjir kilat di Derna, baru-baru ini. – AFP

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat banjir yang melanda Wilayah Timur Libya susulan Taufan Daniel pada Ahad lalu.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataan berkata, setakat hari ini, dua rakyat Malaysia yang berada di Marsa El Brega telah dapat dihubungi dan disahkan selamat.

“Susulan penutupan sementara Kedutaan Besar Malaysia di Libya sejak 2014, rakyat Malaysia di Libya yang memerlukan khidmat nasihat yang berkaitan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) di alamat No. 26, Sabeel Al Khazhindar Street Abbasiyah, Cairo Republik Arab Mesir.

“Mereka juga boleh menghubungi pegawai bertugas ditalian (+2) 012 0027 6388 atau +202 4858677 dan +202 4829449 atau email ke [email protected],” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, KLN sedang memantau perkembangan pasca Taufan Daniel yang melanda wilayah berkenaan.

“Kejadian ini telah menyebabkan dua empangan di bandar Derna pecah dan mengakibatkan banjir besar yang telah mengorbankan lebih daripada 8,000 nyawa manakala 10,000 lain masih hilang.

“Angka korban banjir ini dijangka akan terus meningkat mengambil kira usaha-usaha mencari dan menyelamat masih sedang giat dijalankan.” ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysia menzahirkan rasa simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terjejas oleh Taufan Daniel tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI