fbpx

Warga emas mengaku salah cabul anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas yang juga pemandu e-hailing mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dakwaan mencabul anak perempuan berusia 13 tahun pada tahun lalu.

Pengakuan tersebut dibuat oleh tertuduh yang berusia 63 itu di hadapan Hakim Noor Aini Yusof selepas empat pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Bukit Mertajam di sini antara bulan Mac hingga Jun, tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh didapati telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(2)(a) akta yang sama.

Sebagai tambahan, tertuduh juga boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan dikenakan tidak kurang daripada dua sebatan iaitu di bawah Seksyen 16(2)(a) akta tersebut.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 27 September depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta penuh berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI