HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal mengalami patah kaki selepas dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Sungai Choh ke Bukit Beruntung, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan ke Bukit Beruntung dari Hospital Selayang
Katanya, ketika di lokasi kejadian, pemandu tersebut telah memasuki laluan bertentang.
“Dipercayai pemandu berusia 54 tersebut telah terlelap kemudian gagal mengawal kenderaanya lalu bertembung dengan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, tiada kecederaan membabitkan pemandu kereta tersebut manakala penunggang motosikal yang juga seorang lelaki tempatan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
“Mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai patah kaki akibat kemalangan itu, kes masih dalam siasatan pihak polis” katanya.- KOSMO! ONLINE.