fbpx

Malaysia bertuah ke pentas Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada aksi skuad B-23 ketika menentang Thailand pada aksi terakhir peringkat Kumpulan H di Stadium Chonburi, Thailand kelmarin. – FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan mencipta magis tersendiri apabila cukup bertuah untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia B-23, meskipun mengalami kekalahan 0-1 kepada seteru utama, Thailand pada aksi terakhir peringkat Kumpulan H di Stadium Chonburi, Thailand kelmarin.

Menariknya, skuad kendalian E. Elavarasan berjaya mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia B-23 buat kali ketiga di Qatar pada April tahun depan atas faktor ‘budak baik’, dalam erti kata lain selaku naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan China.

Selain itu, kemenangan 4-0 ke atas Filipina pada perlawanan kedua kumpulan, Sabtu lalu turut membantu skuad negara untuk mengetepikan Iran yang turut memiliki mata, jaringan dan bolos sama dengan Malaysia.

Rentetan itu, penentuan slot terakhir terpaksa menggunakan penentuan rekod disiplin dan ­nyata tuah menyebelahi Malaysia untuk layak ke pusingan akhir.

Berdasarkan kiraan mata disiplin, Malaysia berjaya layak kerana hanya mengutip empat kad kuning berbanding Iran yang mendapat sembilan kad kuning.

Sebagai rekod, ini kali ketiga Malaysia layak ke Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.

Pencapaian terbaik skuad negara adalah pada 2018 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee apabila mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Mengulas mengenai kekalahan kepada musuh tradisi Thailand kelmarin, Elavarasan mengakui ralat kerana beberapa peluang terbaik tidak dapat disudahkan dengan sempurna oleh anak buahnya.

“Perlawanan yang sukar dan payah untuk menentukan siapa yang akan menang ataupun kalah.

“Thailand ada peluang tetapi kami juga mencuba sehabis baik, namun tidak mampu mendapatkan gol penyamaan.

“Kami kena bangkit, cumanya kita tidak dapat jaringan yang dimahukan walaupun sudah lakukan yang terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI