fbpx

Isu kecurian REE, Sanusi tak takut dipanggil SPRM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih LZNK di tapak Smart SBBA di Padang Lumat, Yan hari ini.

YAN – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa beliau bersedia untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.

Menurutnya, beliau tenang berhadapan dengan perkara itu memandangkan proses soal siasat bukan sesuatu yang luar biasa baginya.

“Saya tunggu dia (SPRM) panggil. Saya tunggu dan saya tidak ada masalah dengan SPRM, tidak ada masalah apa.

“Nanti, dia (SPRM) panggil. Saya pi (pergi) lah. Bukan sekali ini sahaja. Polis panggil dulu, itu panggil hari-hari (dan) tidak ada isu apa-apa. Debar apa pun tidak ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Tuaian Projek Padi Benih Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf LZNK, Padang Lumat, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa SPRM akan memanggil dirinya selewat-lewatnya minggu depan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung isu kecurian REE di Bukit Enggang, Sik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI