fbpx

Pemuda batal kahwin selepas tahu bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda membatalkan perkahwinan dengan seorang ‘gadis’ setelah mengetahui identiti sebenarnya. - TribunnewsMaker/Pexels

JAKARTA – Seorang pemuda di Lombok membatalkan rancangan untuk berkahwin selepas mengetahui bahawa calon ‘isterinya’ sebenarnya ialah lelaki yang memiliki ciri-ciri kewanitaan, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini.

Kisah tersebut disahkan oleh Ketua Kampung Jago, Deni Wirawan selepas ia menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, penduduk kampungnya itu nyaris mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki.

Identiti calon ‘isterinya’ yang lemah lembut itu terbongkar ketika keluarga lelaki berkenaan mahu merisik bakal ‘pengantin perempuan’.

Keluarganya bagaimanapun kebingungan sambil memberitahu bahawa mereka tidak mempunyai anak gadis.

Menurut Deni, sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, pemuda berkenaan membatalkan hasratnya untuk berkahwin. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI