fbpx

Iky kongsi tarikh nikahi Mahalini bila sampai waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RONA bahagia penghibur seberang yang semakin mendapat tempat di hati peminat Malaysia, Rizky Febian kini semakin terserlah.

Kisah cintanya bersama si kekasih hati, Mahalini Raharja juga telah rasmi.

Daripada percintaan menjadi pertunangan, ikatan yang terlestari sejak Mei lalu ternyata menyalakan api semangat kehidupan buat Rizky.

Paling marak pastinya kobar mempertahankan hubungan yang semakin kuat teruji menjelang hari bahagia tidak lama lagi.

Namun, pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu menganggap segala-galanya sebagai asam garam menguji keutuhan janji antara mereka berdua.

Tanpa berselindung, dia mengakui semakin kerap didekati peminat wanita yang menggilai deretan lagu hitsnya.

Bagi Rizky yang mesra disapa Iky, semua kegilaan hanya perlu ditangani dengan berhemah.

“Ya, kalau dugaan itu memang ada baik terhadap saya mahu pun Mahalini, saya tak kisah tetapi kami sudah berjanji untuk terus setia hingga ke akhir nanti.

“Sebagai insan, kita juga memahami rasa kecewa andai dikhianati. Saya sudah dikurniakan seorang wanita sempurna, apa lagi yang mahu saya dambakan.

“Cukup Mahalini seorang dalam hati saya. Kita boleh menolak kehadiran individu lain, jadi tetapkan saja hati,” katanya ketika ditemui pada sidang media An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, di ibu negara baru-baru ini.

Konsert inspirasi cinta

Teruja bakal menghiburkan peminat Malaysia di Arena Mega Star Kuala Lumpur pada 3 November depan, kata Rizky, tema serta konsep persembahan kelak diilhamkan bersandarkan kisah percintaan mereka.

Namun, ketika diminta berkongsi mengenai tarikh pernikahan yang kononnya ada diselitkan dalam Berona yang juga album baharunya, Rizky hanya tertawa kecil.

Akui selebriti berusia 25 tahun itu, perkara yang dikongsikan dengan media Indonesia sekadar gurauan supaya peminat mendengar deretan lagu terbaharunya.

“Saya tiada niat mempermainkan teman media, cuma ketika itu mereka meminta diberikan informasi yang belum dapat saya maklumkan lagi.

Teruja bakal menghiburkan peminat Malaysia di Arena Mega Star Kuala Lumpur pada 3 November depan, kata Rizky, tema serta konsep persembahan kelak diilhamkan bersandarkan kisah percintaan mereka.

“Andai masanya sudah tiba nanti tentu saya umumkan kerana semua ini adalah dengan perbincangan bersama seluruh keluarga kedua-dua belah pihak,” tambahnya.

Pada masa sama, anak pelawak terkenal Sule itu mengakui kurang selesa membicarakan soal perbezaan agama dengan bakal isteri yang disifatkan isu yang tidak perlu dibincangkan secara terbuka.

Paling penting keluarga mereka dapat saling menerima antara satu sama lain. Sebagai persediaan dia sendiri perlu menunjukkan teladan baik kepada bakal isteri.

Pemilik nama sebenar Rizky Febian Adriansyah Sutisna itu juga tidak ketinggalan mendekatkan tunangnya yang beragama Hindu untuk lebih mendekati Islam.

Teladan

Akuinya lagi, dia cuba menunjukkan teladan seorang muslim yang baik menerusi tingkah laku seharian selain menjaga percakapan dan pergaulan.

“Secara peribadi, saya enggan terlalu memaksa kerana perkara ini melibatkan hati nurani. Biarlah waktu yang menentukan.

“Saya juga jelaskan kepada dia bahawa saya ini individu seperti apa dan bagaimana tanggapannya terhadap saya,” dedahnya yang merancang mendirikan rumah tangga tahun depan.

Rizky dan Mahalini mengikat tali pertunangan 7 Mei lalu di The Langham, Jakarta setelah menjalin hubungan selama setahun tiga bulan.

Bertemakan cinta, sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan kepada penonton termasuk daripada album baharu yang turut didedikasikan khas buat tunangnya.

Berbicara lanjut tentang konsert, Rizky sebenarnya teruja dapat kembali ke Malaysia dalam sebuah konsert istimewa anjuran Hitman Solutions.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua di negara ini selepas pada Julai lalu terbabit sebagai penyanyi undangan untuk konsert Rossa.

Lebih ‘besar’

“Sebelum ini, tiket konsert pertama saya di Zepp Kuala Lumpur habis dijual dalam masa sehari, jadi kali ini diadakan di lokasi lebih besar di Megastar Arena dengan kapasiti 5,000 penonton,” ulasnya.

Persembahan mega yang berdurasi lebih dua jam jam itu antara konsert untuk mempromosikan albumnya yang berjudul Berona kolaborasi tiga pemuzik Indonesia iaitu Gangga, Adhitya dan Basboi.

Bertemakan cinta, sebanyak 15 buah lagu bakal dipersembahkan kepada penonton termasuk daripada album baharu yang turut didedikasikan khas buat tunangnya.

Lebih istimewa, Rizky sendiri akan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik untuk menjayakan konsertnya kelak.

“Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya ‘warna’ baharu untuk penampilan kali ini bersesuaian usia, selain membawakan pemuzik profesional dari Indonesia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasa Hitman Solutions, Rohit Rampal mendedahkan pemilihan Rizky adalah berdasarkan kepada pengaruh kuat lagunya dalam kalangan peminat.

“Rizky mempunyai banyak pengaruh yang kuat dalam kalangan penggemar muzik tempatan dan merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya,” ujarnya.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM179 hingga RM399 menerusi www.hitmanlive.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI