fbpx

Pikat wanita tempatan untuk jadi tauke kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EKONOMI negara hari ini bukan sahaja dimainkan oleh pemain-pemain tempatan, tetapi turut melibatkan kumpulan pendatang asing yang berjaya menembusi bidang perniagaan sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

Baru-baru ini, hangat dibincangkan isu warga asing menjadi tauke dengan membuka kedai runcit sehingga barangan termasuk bahan basah seeperti ikan dan sayur dilonggokkan di laluan jalan kaki di beberapa ne­geri termasuk Lembah Klang.

Suasana tersebut menyebabkan ramai rakyat tempatan berasa kurang selesa, bukan sahaja mencacatkan pemandangan, tetapi keadaan persekitaran yang berbau serta kotor.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana kumpulan tersebut boleh menyewa premis di lot bangunan secara terbuka untuk menjalankan perniagaan dan jumlah itu semakin me­ningkat sehingga muncul pula perkampungan kecil Dhaka di Melaka?

Penulis sempat menemu bual seorang lelaki warga Bangladesh yang lagaknya seperti tauke di Melaka mengenai kedai runcit yang diuruskannya.

Menurut lelaki asing itu, dia cuma pekerja dan kedai tersebut dimiliki tauke yang juga warganegara sama, namun telah berkahwin dengan wanita tempatan.

Pada dinding premis tersebut turut dipamerkan dokumen iaitu lesen sah perniagaan yang didaftarkan atas nama seorang wanita.

Mengulas mengenai perkara itu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, taktik berkahwin dengan wa­nita tempatan merupakan sebahagian daripada rancangan lelaki asing mendapatkan kedudukan yang selesa di negara ini

“Mereka ini memang merancang untuk mencari pasangan rakyat tempatan untuk masuk ke dalam sektor perniagaan. Orang Asli pun mereka akan pikat.

“Itu adalah jalan mudah mereka untuk mendapat kedai atau premis iaitu dengan menggunakan nama pasangan untuk memohon lesen perniagaan dan menggunakan kemudahan yang disediakan bagi rakyat tempatan,” katanya.

Jelasnya, situasi itu semakin kronik disebabkan penguatkuasaan yang lemah oleh agensi berkaitan apatah lagi adalah menjadi satu kesalahan sekiranya sesebuah premis tersebut diuruskan pendatang asing meskipun pemiliknya adalah rakyat tempatan.

“Penguat kuasa perlu pastikan yang menjaga kedai adalah pemilik lesen, bukan suami (warga asing). Kita kena kawal keadaan ini, kalau tidak peniaga tempatan tidak boleh cari makan.

“Namun, saya difahamkan setakat ini kerajaan tidak mempunyai akta yang boleh diambil ke atas peniaga warga asing ini. Mereka cuma boleh sita bara­ngan, tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah. Perkara ini perlu dikaji semula,” ujarnya.

Tambah Rosli, kini bukan sahaja peniaga tempatan perlu bersaing dengan pendatang asing, malah negara juga mengalami kerugian disebabkan pencairan wang dalam sektor itu tidak sepenuhnya berlaku dalam negara.

“Lebih 90 peratus daripada 31,000 peniaga menggunakan sekurang-kurangnya dua pembantu warga asing asing dan memberikan mereka gaji minimum mungkin RM100 (sehari) bagi tukang masak.

“Upah itu akan dihantar ke negara masing-masing, jadi kerajaan hilang pendapatan cukai dan dalam keadaan ekonomi tidak selesa ketika ini, kecairan duit dalam negara amat pen­ting,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI