fbpx

47,600 liter minyak diesel disita dalam Ops Tiris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara yang dirampas termasuk lori tangki dan tangki penyimpanan minyak diesel dalam serbuan Ops Tiris oleh KPDN Negeri Sembilan dengan kerjsama Polis Marin dan PDRM, di Lukut di sini dan Seremban. Foto IHSAN KPDN.

PORT DICKSON – Sebanyak 47,600 liter minyak disesel berjaya diselamatkan dalam Ops Tiris oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam dua serbuan di Port Dickson dan Seremban.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Selatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan nilai rampasan keseluruhan bernilai RM191,440 serta penahanan lima lelaki.

“Satu serbuan telah dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 di sekitar Lukut, Port Dickson, di sini, semalam dengan sebanyak 22,300 liter minyak diesel dengan anggaran nilai RM47,945.00 telah dirampas.

“Turut dirampas dua buah lori, tangki minyak serta pam minyak yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM98,1450,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Muhammad Zahir berkata, tangkapan telah dilakukan ke atas dua orang lelaki warga tempatan berusia 25 dan 43 tahun kerana disyaki telah berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah dan melanggar Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI