fbpx

Bukan Syed Saddiq yang patut kosongkan kerusi – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Khairy Jamaluddin pada sesi podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertikai gesaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya mengosongkan kerusinya di Muar.

Beliau berkata, sebaliknya mereka (PH) yang sepatutnya mendapatkan mandat baru daripada rakyat kerana meninggalkan janji pilihan raya yang dibuat.

“Syed Saddiq adalah ahli Parlimen yang jujur dengan dasar platform PH, iaitu tidak bekerjasama dengan UMNO dan Zahid Hamidi,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bersama bekas ketua penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Khairy Jamaluddin berkata, pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas menyokong PH terutamanya kerana pendirian gabungan itu untuk tidak bekerjasama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, susulan pengumuman Syed Saddiq untuk keluar dari blok kerajaan, pemimpin PH menggesa Syed Saddiq mengosongkan kerusi Parlimen Muar kerana dikatakan ia dimenangi atas sokongan gabungan tersebut.

Seruan itu menjadi lebih kuat selepas Syed Saddiq melabelkan DAP sebagai anjing suruhan Umno, mengulangi kritikan Khairy Jamaluddin sebelum ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut berkata presiden Muda itu juga dibuli oleh tentera siber PH yang menentangnya.

“Syed Saddiq seorang sahaja yang berpegang pada prinsip tolak ‘Hoi Hoi Ya Hoi’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI