fbpx

MotoGP: Honda masih jauh ketinggalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR mengakui Honda masih belum menemui pelarasan terbaik untuk kembali mencabar kejuaraan musim depan. - AFP

RIMINI, Itali – Pelumba Sepanyol, Joan Mir menyuarakan kebimbangannya mengenai persiapan menuju musim 2024 selepas melihat jentera Honda 2024 yang masih jauh ketinggalan.

Juara dunia 2020 tersebut mendakwa mereka masih ketinggalan sejurus menamatkan sesi ujian di Misano yang berakhir pada Isnin lalu.

Pada sesi ujian tersebut, Mir mengakui jentera Honda RC213V terbaharu itu tidak menunjukkan peningkatan biarpun telah menguji casis baharu.

Juara dunia 2020 tersebut sekadar menduduki tangga tercorot dengan catatan 1:32.316s pada sesi latihan pertama (FP1) dan 1:31.687s pada FP2.

Pelumba Mooney VR46 Racing Team, Luca Marini menguasai kedua-dua sesi tersebut dengan catatan terbaik 1:31.164s.

“Di beberapa sektor kami bertambah baik, tetapi kami tidak membuat langkah besar. Dari segi prestasi, kami masih ketinggalan jauh.

“Tetapi, saya dapat merasakan sesuatu yang lebih baik, terutamanya sewaktu menggunakan tayar terpakai. Kami boleh melihat beberapa perkara positif.

“Saya tidak boleh mengatakan sama ada ia akan menjadi permulaan yang baik untuk tahun depan kerana kami perlu menyusun segala-galanya. Kami masih memerlukan sedikit lagi bantuan,” kata Mir.

Honda tidak sempat untuk menguji enjin baharu mereka dan Mir berharap dapat memacu jentera baharu tersebut sewaktu sesi ujian di Valencia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI