fbpx

Perkhidmatan awam diharap terus perkasa penyediaan data terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Unit Nukleus Govtech di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini. Foto IHSAN PEJABAT PERDANA MENTERI (PMO)

PUTRAJAYA – Semua kementerian, jabatan dan agensi sektor awam diharap memberi kerjasama penuh kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) bagi memperkasakan usaha penyediaan data terbuka dalam pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa sama, sektor awam juga perlu memantapkan ketelusan dalam mendukung amanah kerajaan kepada rakyat berikutan ia merupakan tunjang kepada demokrasi subur.

“Hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali meluncurkan pembaharuan portal Data Terbuka Sektor Awam (data.gov.my)iaitu sebuah portal data terbuka rasmi kerajaan Malaysia.

“Pembaharuan itu menandakan permulaan era baharu bagi memantapkan ketelusan sektor awam yang merangkumi pelbagai set data terperinci (granular) dan berfrekuensi tinggi (high-frequency) secara terbuka.

“Ini tentunya mampu mendorong inovasi berpacukan data di sektor awam dan swasta di mana ia dilengkapi dengan API Terbuka (OpenAPI) rasmi Malaysia, papan pemuka bersifat analitik, katalog data serta kecerdasan buatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Katanya, pada masa sama, portal OpenDOSM (open.dosm.gov.my) juga telah dinaik taraf sebagai salah satu komponen penting dalam infrastruktur data terbuka nasional.

“Saya berbangga menyatakan kejayaan ini telah dicapai dalam tempoh empat bulan sahaja atas usaha yang diterajui oleh Mampu bersama Unit Nukleus GovTech.

“Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat telah menekankan agenda pendigitalan sebagai pemacu inovasi dan pencambah produktiviti negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI