fbpx

Penjawat awam perlu sedia realisasi GovTech

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki bercakap ketika Majlis Persidangan Digital Sektor Awam 2023 di PICC, Putrajaya, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu bersedia dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi peneraju pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan di pentas dunia.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, hasrat itu selari dengan iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam mewujudkan konsep ‘Government Technology’ (GovTech) Malaysia.

Beliau berkata, GovTech dijangka dapat memperhebatkan revolusi digital dan keupayaan perkhidmatan awam selain pendekatan ‘keseluruhan kerajaan’ dalam pemodenan sektor awam.

“Anjakan ini memerlukan komitmen kita semua warga perkhidmatan awam untuk mempercepatkan dan memperkasakan pendigitalan melalui konsep GovTech,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mohd. Zuki berkata, usaha itu pastinya akan memberi kesan positif kepada Indeks Kematangan GovTech (GTMI) yang diperkenalkan pada tahun 2020 membabitkan 198 negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI