PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah dan baik hampir seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun hujan dan ribut petir diramalkan hanya melibatkan beberapa tempat di negeri Perak dan Selangor.
“Ribut petir hanya diramal berlaku di Perak melibatkan Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Selangor, hujan lebat tertumpu di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang,” kata kenyataan tersebut.
Cuaca buruk tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 11 pagi ini. – KOSMO! ONLINE