fbpx

Bekas pengurus kanan GLC ditahan SPRM Sabah babit kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang bekas pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu bernilai RM26,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an disyaki melakukan perbuatan itu antara November 2017 hingga Januari 2018.

“Suspek dipercayai mengarahkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja penggantian tiga jenis paip di sebuah kilang berasaskan produk minyak sawit, namun ia tidak dilaksanakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi semalam di Pejabat SPRM Cawangan Tawau, ketika hadir memberi keterangan dan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek akan dituduh hari ini di Mahkamah Khas Rasuah Tawau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI