fbpx

Wanita maut disyaki didera suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang wanita maut dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah sekitar Jeram, di sini baru-baru ini .

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai mangsa yang tidak sedarkan diri di lokasi itu daripada pegawai perubatan, kira-kira pukul 4 petang pada 2 September lalu.

“Hasil pemeriksaan awal oleh pihak hospital mendapati terdapat kesan kecederaan pada mayat mangsa.

“Ekoran maklumat itu, polis menahan seorang suspek iaitu suami mangsa berusia 35 tahun bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula 4 hingga 14 September ini dan dijangka didakwa di Mahkamah Majisteret Kuala Selangor, pagi ini.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI