fbpx

Remaja diberkas 12 jam selepas menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Kepantasan pihak polis berjaya menahan seorang remaja yang menyamun lelaki warga emas dalam tempoh 12 jam di pekan Jeram, di sini hari ini.

Suspek berusia 17 tahun ditangkap pukul 1.30 pagi tadi selepas melakukan jenayah itu kira-kira pukul 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa berusia 85 tahun tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram.

Katanya, suspek yang tiba-tiba datang terus menyerang dan memijak badan mangsa.

“Suspek kemudiannya menghunus sebilah pisau ke arah mangsa supaya tidak menjerit sebelum terus mengeladah barang dalam rumah warga emas berkenaan.

“Sebuah telefon bimbit model Samsung milik mangsa telah disamun sebelum suspek melarikan diri
menggunakan pintu di bahagian dapur rumah mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, berikutan kejadian tersebut mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala serta menerima lima jahitan.

Tambah Ramli, bertindak hasil maklumat suspek yang kemudiannya berjaya ditangkap selain menemukan pisau digunakan dalam kejadian samun tersebut.

“Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan jenayah tersebut dan kini direman selama tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI