fbpx

Lembu mati diserang harimau belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI lembu dipercayai dibaham harimau belang dijumpai di Kampung Air Panas, Gerik hari ini.

GERIK – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan seekor lembu mati akibat dibaham harimau belang di Kampung Air Panas di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian tersebut berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai di kawasan berkenaan.

“Siasatan mendapati, bangkai lembu yang dijumpai di kawasan berkenaan akibat diserang haiwan liar dipercayai harimau belang.

“Pemantauan dan rondaan di kawasan terlibat dan yang berhampiran dilakukan anggota dari semasa ke semasa bagi mengesan keberadaan harimau itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, perangkap juga akan pasang di kawasan yang dikenal pasti sebagai langkah alternatif mengurangkan risiko serangan terhadap ternakan penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI