PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong, 27, selamat melahirkan anak lelaki sulungnya pada 8 November lalu.
Berita gembira itu didedahkan oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, dalam satu hantaran menerusi Instagramnya sebentar tadi.
Dalam hantaran tersebut, Muhammad Shazli turut memuat naik foto mereka sekeluarga termasuk wajah bayi lelaki mereka.
Perkongsian tersebut sekali gus menjawab teka-teki mengenai khabar angin pemilik nama penuh Fatimah Rohani Ismail itu sudah bersalin.
“Alhamdulillah pada 8 November 2020 Allah SWT itu maha Besar,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, Muhammad Shazli tidak berkongsi nama anak sulung mereka itu.
Ruangan komen Shazli turut dihujani dengan ucapan taniah daripada beberapa selebriti tanah air dan juga netizen.
Emma dan Muhammad Shazli sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara pada 20 Februari lalu. – K! ONLINE