fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Kuala Muda, Sik dan Baling.

Ujarnya, beberapa kawasan di Perak seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang turut diramal cuaca yang sama.

“Di Pahang kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin diikuti dengan Negeri Sembilan (Jempol).

“Kawasan yang diramal cuaca buruk di Johor pula adalah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi),” katanya.

Tambahnya, di Sabah, ribut petir turut diramal di Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI