fbpx

UMW Grantt taja Borneo Safari Edisi ke-31

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BS2023 menyaksikan kerjasama erat antara penaja platinum, UMW Grantt International Sdn Bhd dan Persatuan 4 Roda Sabah.

PETALING JAYA – Borneo Safari International Off Road Challenge Edisi ke-31 akan diadakan pada 29 Oktober hingga 5 November 2023 ini.

Menurut Presiden Persatuan 4 Roda Sabah (SFWDA), Faez Nordin, acara tersebut merupakan perkongsian antara penaja platinum, UMW Grantt International Sdn Bhd dan Persatuan 4 Roda Sabah.

Beliau yang juga Pengarah Acara BS2023, berkata, perancangan rapi telah dibuat bagi memastikan isu yang dihadapi pada tahun sebelumnya, tidak berulang.

“Ia termasuklah isu kelewatan berkaitan cuaca dan kesesakan lalu lintas yang menghalang banyak peserta menyelesaikan ekspedisi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Menandatangani Surat Perjanjian di Hyatt Centric, Kota Kinabalu, hari ini.

Faez berkata, untuk edisi kali ini jawatankuasa penganjur telah memutuskan untuk memperkenalkan dua laluan berbeza.

“Laluan-laluan ini akan membawa peserta ke hutan di sekitar daerah Tambunan dan Ranau di mana sistem dua laluan akan dilaksanakan di permulaan trek lasak.

“Sistem ini akan memisahkan Konvoi Tag On daripada Konvoi Pertandingan, dengan kedua-dua kumpulan tersebut melalui kawasan sama dan bersatu semula menjelang akhir ekspedisi,” jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Iskandar Mohamed Salleh, turut menyatakan persetujuan untuk terus bekerjasama.

“Ini merupakan tahun ke-7 kami terlibat sebagai penaja platinum dan pembekal minyak pelincir rasmi untuk acara yang berprestij ini.

“Pihak kami terima maklum balas positif dan akan terus berikan komitmen untuk tingkatkan kualiti produk,” ujarnya.

Borneo Safari 2023 akan bermula dari ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah di Gaya Street pada 29 Oktober dan akan bergerak ke daerah Tambunan sebelum berakhir di Ranau beberapa hari kemudian.

Ekspedisi akan kembali ke Kota Kinabalu untuk majlis penutup pada 5 November 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI