fbpx

Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengadakan sidang akhbar berhubung penangkapan lima suspek di Pejabat Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan semalam. - Tribunnews

JAKARTA – Polis Indonesia menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk menghasilkan filem lucah dan menangkap lima orang  termasuk seorang penerbit di Jakarta Selatan, lapor portal berita Prohaba semalam.

Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak berkata, lima orang yang ditangkap termasuk pengarah dan pelakon filem  tersebut yang berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit.

Pemilik rumah tersebut turut diberkas. Polis berkata, terdapat 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki yang masih diburu.

“Pelakon filem panas itu menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem,” kata Ade.

Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web yang rata-rata mengenakan bayaran 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan  satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000  rupiah (RM76.16) untuk sebulan dan setahun sebanyak 500,000 rupiah (RM152.31).

Beliau juga menyatakan bahawa pasukan produksi filem lucah itu sudah mengaut keuntungan 500,000 juta rupiah (RM152,310) dan bukan hanya wanita biasa yang berlakon tetapi juga pesohor Instagram. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI