fbpx

Himpunan RXZ: Ramai kecewa, datang jauh hanya ‘bersidai’ di homestay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Deretan motosikal Yamaha RXZ yang hanya tersidai di homestay kerana operasi besar-besaran pihak berkuasa minggu lalu.

PETALING JAYA – Impian penunggang motosikal Yamaha RXZ, untuk memeriahkan Himpunan RXZ Member 5.0 di Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran di negeri itu minggu lalu.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Obe, kelihatan deretan motosikal tersebut hanya mampu ‘tersidai’ di inap desa (homestay) kerana bimbang dicekup pihak berkuasa.

Langkah tersebut terpaksa dilakukan kerana kebanyakan motosikal tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit tujuh saat itu, rata-rata motosikal melakukan kesalahan tidak menampal nombor pendaftaran di bahagian hadapan, malah turut menggunakan ekzos ‘paip’.

Kesalahan lain turut dikesan adalah tidak mempunyai lampu brek belakang serta menggunakan tayar ‘sotong’.

“Bertabahlah, datang jauh dok homestay je,”tulisnya di Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi yang meminta semua peserta tersebut tidak melakukan pengubahsuaian yang ekstrem dan melanggar peraturan jalan raya.

“Cuba standard (ikut asal motosikal) je, kan senang,” tulis Mohd Arshad Juwaini.

“Standard itu indah,” kata Mohd Sharif Sulaiman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jey Brotox.

“Standard itu indah, berjalan tanpa risau apa-apa,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI