fbpx

Remaja perempuan maut kemalangan tiga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan maut membabitkan seorang remaja perempuan di Jalan Batu Lintang-Sungai Pasir di Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi motosikal di Jalan Batu Lintang, Sungai Pasir, di sini pada semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss keluar dari simpang sebelum dilanggar dua motosikal jenis Modenas Kriss dan Honda EX5.

Katanya, dua motosikal berkenaan ditunggang dua remaja lelaki berusia 19 tahun dari arah Batu Lintang menghala Sungai Pasir.

“Mereka tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, remaja perempuan maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala sementara dua lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di zon hijau Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI