fbpx

MIDF sedia dana RM20 juta kepada PKS untuk perbelanjaan aset

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIDF telah membantu banyak usahawannya membangunkan keupayaan masing-masing dalam bidang teknologi digital dan automasi. -Gambar hiasan

KUALA NERUS – Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  memanfaatkan kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk melengkapkan kumpulan tersebut dengan teknologi digital dan juga automasi.

Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata, penguasaan teknologi digital dan automasi kini satu keperluan bagi meningkatkan keupayaan sesebuah PKS terus berdaya saing dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Menurut beliau, antara dana disediakan MIDF kepada PKS adalah Skim Pembiayaan Mudah bagi Automasi dan Pemodenan (SFSAM) dan Skim Pembiayaan Mudah untuk Digital dan Teknologi (SFDT).

“Kedua-dua dana berkenaan menawarkan pembiayaan sehingga RM20 juta  bagi perbelanjaan aset seperti bangunan komersial, mesin dan peralatan serta modal kerja manakala kadar pembiayaannya pula tetap dan serendah empat peratus setahun,” katanya pada Forum Automasi dan Digitalisasi MIDF edisi Pantai Timur di sini semalam.

Forum bertajuk Memacu Perniagaan Melalui Pendigitalan dan Automasi – Perjalanan Bersama itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau Terengganu, Mohd. Husaimi Hussin di sini. 

Abdul Rahman menerangkan, MIDF telah memperuntukkan RM700 juta dalam bentuk dan dan geran bagi membantu PKS tempatan dalam pengembangan teknologi automasi dan pendigitalan. 

Tambah beliau, permohonan dana dan geran terbabit turut dipermudahkan menerusi pelancaran sistem kelulusan laluan pantas baru-baru ini. 

“Pemain industri berkelayakan boleh memohon skim pembiayaan modal kerja sehingga RM150,000 tanpa sebarang cagaran. 

“Kelulusan bersyarat juga akan diberi dalam tempoh tiga hari bekerja dengan kadar pembiayaan cuma empat peratus,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI