fbpx

9 hari terperangkap dalam gua 1 kilometer di bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dickey (terbaring atas pengusung) dipindahkan ke ambulans selepas dibawa keluar dari Gua Moca, selatan Turkiye kelmarin. - Foto Anadolu Agency/Getty Images

ANKARA, Turkiye – Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di dalam gua ketiga paling dalam di Turkiye selama lebih seminggu berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat kelmarin, kata anggota penyelamat.

Lebih 150 orang terlibat dalam usaha menyelamatkan Mark Dickey, 40, selepas dia mengalami masalah perut ketika berada di dalam Gua Morca pada 2 September lalu. Dia terperangkap selama sembilan hari sebelum usaha  menyelamat membuahkan hasil.

Dickey mengetuai sebuah pasukan untuk memetakan laluan baharu di dalam Gua Morca apabila dia mengalami pendarahan gastrousus, manakala kawasan paling rendah gua yang terletak di sebuah kawasan terpencil itu sedalam hampir 1.3 kilometer di bawah tanah.

Usaha  mengeluarkan mangsa adalah antara operasi menyelamat bawah tanah terbesar dan paling rumit pernah dilakukan. Dickey dibawa keluar dari gua tersebut pukul 12.37 tengah malam tadi  (waktu tempatan) , kata Persekutuan Gua Turkiye di media sosial.

Carl Heitmeyer daripada  Pasukan Tindak Balas Awal New Jersey iaitu  kumpulan diketuai Dickey mengesahkan kepada BBC bahawa mangsa berjaya diselamatkan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi menyelamat.

Dalam pada itu, Dickey berkata kepada pemberita: “Satu-satunya perasaan yang ada ialah adakah saya akan hidup? Ia benar-benar terlintas di fikiran saya. Ia seperti tidak begitu serius, saya tidak akan mati.

“Kemudian saya muntah darah dan darah keluar dalam kuantiti lebih banyak. Saya mula menjadi lebih sukar untuk bertahan dan sampai satu tahap, saya menyatakan bahawa saya tidak akan hidup.

Ibu bapa Dickey, Debbie dan Andy berkata, usaha komuniti gua antarabangsa membolehkan anaknya meninggalkan Gua Morca dan menerima rawatan perubatan lanjut di hospital.

Sebilangan pekerja penyelamat dari beberapa negara luar termasuk Croatia dan Hungary terbang ke Turkiye untuk membantu operasi menyelamatkan mangsa. – AGE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI