fbpx

Pemimpin diminta hentikan keluar fatwa – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat terutama para pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Sultan Sharafuddin yang merupakan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) menegaskan, di negara ini, fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau Mufti setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu fatwa itu.

Titah baginda, Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah MKI juga bertanggungjawab di dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah perbincangan dengan Mufti-mufti dari setiap negeri diadakan dan setelah mendapat perkenaan dari Majlis Raja-raja.

Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah negeri untuk difatwakan.

“Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang Mufti sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli samada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI atau Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah Klang, hari ini.

Sultan Sharafuddin menjelaskan, sebaliknya sekiranya fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa.

Titah baginda, ingatan itu tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan man-mana parti politik.

“Malah, beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik.

“Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri,” titahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI