fbpx

Kerajaan jadi pemudah cara antara majikan dan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEVEN (depan,empat dari kiri) bergambar bersama peserta Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan di Seremban hari ini. - Foto oleh NAZARUDIN SHAHARI / KOSMO!

SEREMBAN – Kerajaan akan bertindak sebagai pemudah cara antara majikan dan pekerja bagi memastikan kedua-dua pihak sama-sama menikmati kemajuan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan akan mencari jalan supaya kepentingan kedua-dua pihak itu sentiasa seimbang yang menjadi kunci kepada pencapaian ekonomi.

Katanya, kerajaan akan membantu syarikat meningkatkan daya saing perniagaan dan berkongsi keuntungan itu dengan menaikkan gaji dan pekerja diberi sokongan meningkatkan produktiviti dan kemahiran tinggi.

“Terdapat kekhuatiran dalam kalangan majikan yang kata kalau gaji naik ia akan menaikkan kos perniagaan. Kita faham bahawa majikan perlu mencatat keuntungan supaya ia mampu menyediakan pekerjaan.

“Tetapi pada masa yang sama, pekerja juga perlu ditawarkan imbuhan seperti gaji lebih baik jika kita tidak mahu kehilangan bakat berkemahiran tinggi kepada pihak lain,” katanya kepada para pemberita selepas Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI