BARU-BARU ini, dunia maya diperkenalkan dengan chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) iaitu ChatGPT.
Chatbot dikeluarkan pada November 2022. Sistem ini dicipta sebagai medium berinteraksi dengan manusia melalui perbualan.
Penggunaan teknologi AI dalam bentuk aplikasi ChatGPT menunjukkan keadaan semakin terdesak manusia untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dalam pemasaran.
ChatGPT adalah robot atau chatbot berasaskan AI yang mampu menjalankan perbualan dan memberikan jawapan kepada keperluan serta soalan penggunanya.
GPT merujuk kepada Generative Pre-Trained Transformer, di mana chatbot akan memberikan jawapan seperti manusia apabila pengguna menghantar arahan atau soalan.
Jawapan akan diberikan dalam bentuk teks automatik. ChatGPT dilihat memudahkan pelajar memproses pembelajaran mereka.
ChatGPT juga boleh membantu pelajar memahami bahan pembelajaran melalui jawapan.
Namun, sangat penting memanfaatkan kemahiran berfikir kritis ketika menggunakan ChatGPT secara produktif dan tepat dalam dunia pemasaran.
Oleh itu, pemikiran kritis boleh menjadi asas persaingan yang hebat antara manusia dan chatbot.
Biasanya, ahli pemasaran menggunakan ChatGPT secara produktif.
Mereka menggunakan jawapan yang dihasilkan oleh ChatGPT untuk membantu dalam proses merangka strategi pemasaran.
Dengan kata lain, ChatGPT akan memberikan maklumat dan jawapan kepada soalan yang ditanya oleh pengguna dengan teknologi AI.
ChatGPT juga merupakan salah satu inovasi teknologi yang boleh memberi kesan kepada sektor pendidikan.
Perkembangan kemahiran berfikir kritis adalah amat dituntut kerana ia akan membantu manusia mencerna dan memanfaatkan kandungan.
Mengenai kemunculan ChatGPT, ia hanyalah permulaan revolusi AI itu sendiri. Ada kemungkinan juga bentuk lain teknologi AI akan muncul.
Kemudian, ramai yang mula bertanya, bolehkah perkhidmatan ini membantu dunia pemasaran?
Ramai pakar pemasaran berpendapat ChatGPT sebenarnya boleh mengancam dunia pemasaran.
Ini disebabkan perkhidmatan ChatGPT berpotensi untuk menumpulkan kreativiti orang yang bekerja dalam pemasaran, sedangkan kreativiti merupakan teras kepada bidang tersebut.
Jika semua orang pemasaran bergantung kepada ChatGPT pada masa sama, maka apa bezanya dengan pesaing? Ini telah mematikan peranan pemikiran manusia yang unik pada setiap individu.
Pemasaran pula adalah usaha terancang untuk memberikan pembezaan pada setiap produk.
Perbezaan pemikiran setiap individu dalam strategi pemasaran yang akan memenangkan atau menyemarakkan persaingan.
Sebagai contoh, mungkin tidak ramai yang perasan dengan baju-T dipakai oleh dua individu yang tiada pembezaan coraknya, walaupun daripada dua jenama berbeza.
Secara umumnya, peranan manusia yang unik tidak boleh digantikan oleh mana-mana robot.
Ini termasuk pemasaran yang tidak boleh digantikan oleh robot atau AI.
Seorang ahli pemasaran yang hebat mesti mempunyai semangat kreativiti, inovasi, keusahawanan, dan kepimpinan untuk memenangi persaingan dalam dunia pemasaran.
Prinsip-prinsip ini tidak boleh digantikan oleh teknologi.
Ini kerana, nilai kreativiti, inovasi, keusahawanan dan kepimpinan tidak boleh diprogram dan terbentuk dalam jangka masa singkat.
Bagi memenangi persaingan dan bertahan di tengah-tengah krisis ekonomi, seorang ahli pemasaran perlu menggabungkan elemen CI-EL dengan prinsip lain iaitu produktiviti, penambahbaikan, profesionalisme, dan pengurusan.
Sememang kita tidak boleh meninggal atau menidakkan teknologi, tetapi kemajuannya mesti dikawal oleh manusia.
ChatGPT boleh menjadi positif dan pemangkin kepada sektor pemasaran untuk terus ditambah baik, tetapi sektor itu perlu meningkatkan nilai kreativiti dan kualiti sumber manusia.
Cara membangunkan kemahiran berfikir secara kritis adalah menyokong tindak balas penyesuaian teknologi dengan cara yang produktif.
Akhirnya, ia akan memberi impak yang baik kepada hasil strategi ahli pemasaran. Perkara ini mesti dipandang serius oleh pelbagai pihak.
Contohnya dari segi pekerjaan, semua pihak berkepentingan mesti memikirkan kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri supaya tidak ketinggalan.
Namun, jika kita tidak dapat menangani cabaran membina masyarakat berfikiran kritis, kita akan ketinggalan dalam lima hingga 10 tahun akan datang.