fbpx

Pemergian Baharom kehilangan besar industri media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah daripada Perdana Menteri kepada bekas Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Bekas Pengarang Kosmo! yang meninggal dunia pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu.

Muhyiddin menyifatkan kematian Baharom merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan dan industri media di dalam negara.

“Saya ingin berkongsi kesedihan bersama warga media atas pemergian Ketua Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin yang kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang dan semoga tabah menghadapi ujian yang amat getir ini.

“Secara peribadi, arwah yang saya kenali sejak beliau bertugas sebagai Pengarang Kosmo!, merupakan seorang individu yang mudah didekati dan terkenal dengan sikapnya yang komited terhadap profesion sebagai pengamal media,” katanya di laman Facebook hari ini.

Tambahnya, Allahyarham akan sentiasa diingati sebagai seorang yang merendah diri, lembut berbicara dan senang untuk bekerjasama.

Difahamkan, Allahyarham dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke PPUM dua minggu lalu selepas sering mengadu di bahagian perut.

Allahyarham yang mula bertugas di Sinar Harian pada 1 April tahun lalu meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI