fbpx

EPL: Anwar pilihan terdesak Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EL GHAZI meninggalkan PSV secara persefahaman bersama minggu lalu menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dikaitkan dengan usaha mendapatkan khidmat pemain sayap Belanda, Anwar El Ghazi yang berstatus ejen bebas ketika ini ekoran masa depan tidak menentu dua pemainnya, Antony dan Jadon Sancho.

El Ghazi meninggalkan PSV Eindhoven secara persetujuan bersama minggu lalu dan dia dibenarkan menyertai mana-mana pasukan termasuk United walaupun di luar jendela perpindahan kerana statusnya yang bebas daripada sebarang kontrak.

Pemain berusia 28 tahun itu yang sebelum ini pernah mewakili Ajax, Aston Villa dan Everton dilihat turut berada di Emirates ketika menyaksikan United tewas berdepan Arsenal sebelum cuti rehat antarabangsa.

Difahamkan, El Ghazi turut menerima tawaran daripada Arab Saudi, namun United bersedia memberikannya tawaran untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Antony ‘dibekukan’ oleh United selepas didakwa terlibat dalam jenayah keganasan terhadap teman wanitanya serta dua lagi wanita lain menyebabkan dia digantung sehingga proses siasatan diselesaikan.

Sancho pula melalui masa depan tidak menentu apabila melabelkan Erik Ten Hag sebagai penipu ekoran kenyataan pengurus itu yang mendedahkan bahawa dia tidak mencapai standard latihan ketika tidak diturunkan pada perlawanan menentang Arsenal.

Keputusan United untuk mendapatkan El Ghazi mendapat reaksi pelbagai daripada para peminat yang menganggap pemain sayap muda mereka, Facundo Pellestri sudah bersedia untuk memikul tugas sebagai pemain utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI