fbpx

Pemborong diberi amaran, guna kampit beras tempatan bungkus beras import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampit beras tempatan yang digunakan untuk membungkus beras import di sebuah premis pemborong di Guar Chempedak, dekat Yan pada semalam.

ALOR SETAR – Seorang pemborong beras diberi amaran oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras Kedah kerana menggunakan kampit beras putih tempatan (BPT) untuk membungkus beras putih import (BPI) di negeri ini.

Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kedah, Mohamad Nornizam Ramly berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap premis tersebut di Pekan Teroi, Guar Chempedak pada semalam setelah menerima aduan berhubung perkara itu.

Katanya, tindakan tersebut bagi memastikan pengguna tidak keliru atau ragu dengan penjualan beras tersebut kerana pemborong berkenaan turut meletakkan pelekat berwarna biru yang menjadi ‘identiti’ bagi beras import untuk menutup tulisan ‘beras tempatan’ pada kampit berkenaan.

“Hasil semakan dokumen invois belian, jualan dan pemeriksaan fizikal, pemborong itu didapati hanya membuat pembungkusan dan penjualan beras import. Dia bagaimanapun memberi alasan bahawa tindakannya membungkus BPI dengan kampit BPT adalah untuk menghabiskan stok kampit sedia ada.

“Sehubungan itu, dia diberi amaran untuk tidak lagi menggunakan kampit BPT bagi membungkus BPI kerana tindakan sedemikian akan menimbulkan kekeliruan serta keraguan kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tindakan pemborong tersebut menyebabkan ada individu yang membuat video untuk menunjukkan penggunaan pelekat bagi menutup perkataan ‘beras tempatan’ pada kampit berkenaan.

Perkara itu dikhuatiri menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna ketika bekalan beras tempatan dikatakan berkurangan di pasaran, ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI