fbpx

Hoo Chang Hook Ketua Polis Daerah Jempol baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoo Chang Hook (kanan) menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Jempol dari Mohd. Hafiz Muhammad Nor pada Majlis Penyerahan Serah Terima Tugas yang diadakan di Dewan IPD Jempol, Jempol hari ini sambil disaksikan Mohamad Mat Yusop (tengah).

Oleh NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR

JEMPOL – Superintendan Sekretariat Tetap Polis ASEAN, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Superintendan Hoo Chang Hook dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Jempol berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Mohd. Khairiel Mohd Arif yang dinaikkan pangkat kepada Asisten Komisioner dan bertukar  Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi).

Majlis serah terima tugas jawatan itu berlangsung di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol hari ini.

Pennyerahan jawatan itu disaksikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis  IPD Jempol di antara Noorain Khairudin dengan Han Yei Lieng.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI