fbpx

Dua penjawat awam direman tiga hari, seleweng RM298,000 duit pembekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDUA suspek diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kangar hari ini.

KANGAR – Dua penolong pegawai Pejabat Perbendaharaan Kerajaan Negeri Perlis direman selama tiga hari kerana menyalahgunakan kuasa dan memanipulasi Sistem Perakauanan Akruan kerajaan negeri (iSPEKS).

Menurut sumber, suspek pertama yang menjawat jawatan sebagai Penolong Akauntan (Gred W32) menyalahgunakan kuasa sebagai pelulus sistem iSPEKS

“Suspek pertama disyaki meluluskan transaksi pembayaran wang berjumlah RM297,734.64 ke dalam akaun bank milik ibu mertua dan rakannya.

“Suspek kedua yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred FA 32) didapati bersubahat memanipulasi sistem berkenaan dan menerima habuan sebanyak RM50,000,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Tambahnya, wang tersebut sepatutnya dibayar kepada syarikat-syarikat pembekal yang dilantik oleh jabatan di bawah Kerajaan Negeri Perlis.

Kedua-dua lelaki itu berusia 44 tahun dan mereka disyaki melakukan aktiviti penyelewangan tersebut sejak Mac 2018 hingga Jun 2019 dan kedua suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Permohonan reman dilakukan pegawai penyiasat SPRM di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor dan mahkamah kemudiannya membenarkan dua suspek terbabit direman tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu SPRM melakukan siasatan lanjut kes tersebut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI