fbpx

Siapa calon DUN PRK Pelangai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Johari dan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob antara bekas ADUN Pelangai.

“BEKAS Menteri Besar dan ­Allahyarham Datuk Seri Johari Harun meninggalkan legasi besar di Pelangai.”

Demikian kata seorang pemim­pin UMNO berhubung calon bagi mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ­bulan depan.

Menurut pemimpin itu, calon yang bertanding DUN itu memikul amanah besar berkhidmat kepada masyarakat seperti mana yang dilakukan dua pemimpin hebat tersebut sebelum ini.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian Johari daripada Barisan Nasional (BN) yang terbabit dalam kejadian kapal terbang terhempas di Shah Alam, Selangor bulan lalu.

Meskipun kemalangan itu tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri, namun ia begitu signifikan dalam memastikan UMNO atau Pas mempunyai kele­bihan kerana masing-masing mempunyai 17 kerusi.

Berbeza dengan DUN lain, PRK DUN Pelangai begitu istimewa bagi UMNO kerana ia merupakan kerusi bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob (1986-2022) sebelum diganti ­Allahyarham Johari.

Soal siapa layak menjadi calon bagi mempertahankan kerusi DUN itu semakin hangat dibin­cangkan memandangkan hari penamaan calon makin hampir.

Calon yang dipilih kelak perlu mempunyai kepimpinan setaraf Adnan sepertimana yang dite­ruskan Allahyarham Johari.

Calon itu juga perlu memenangi hati 16,456 pengundi di kawasan yang mempunyai 10 kampung tradisi, tiga buah tanah rancangan Felda, tiga buah estet dan empat Kampung Baru Cina itu.

Faktor calon yang boleh menang dan disukai serta meme­nuhi kehendak orang Pelangai perlu diberi perhatian.

Ia dilihat turut menjadi faktor pilihan pengundi pada masa ini dan bukannya berlandaskan parti semata-mata.

Namun siapa sahaja yang di­pilih di kerusi tersebut harus ‘berkemampuan’ untuk meneruskan kesinambungan ke­pimpinan bekas Menteri Besar dan juga Allahyarham Johari.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga kini calon-calon yang disenaraikan masih dinilai dan keputusan akan dibuat oleh Presiden UMNO.

Menurut beliau, daripada enam calon yang disenarai, empat nama disenarai pendek untuk dinilai dan dipilih berdasarkan kriteria ditetapkan.

Difahamkan antara nama yang disebut adalah Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Hazraf Ali Hassan dan empat lagi AJK UMNO iaitu Datuk Amirza Abu Adam, Datuk Jamaludin Buyong, Idris Karim yang merupakan bekas pegawai khas ­Allahyarham dan Fazlin Norhana Ahmad yang juga bekas Puteri UMNO Bahagian.

Kesemua pemimpin UMNO yang disenaraikan tersebut mempunyai daya kepimpinan dan kelebihan masing-masing yang mana dua individu iaitu Armiza dan Fazlin merupakan anak Pelangai.

Sesiapa pun yang dipi­lih sama ada Mohamad Zaini, Armizar, Jamaludin atau Fazlin Norhana, masing-masing mereka akan berdepan dengan tugas besar bukan sahaja bagi memastikan kemenangan dalam PRK ini, tetapi yang lebih penting pada Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.

Jangan disebabkan kesilapan kali ini akan memberi kesan kepada keyakinan rakyat untukjangka masa panjang dan masa akan datang. Semoga calon yang dipilih setaraf yang terdahulu, tiada isu dan ‘berkemampuan’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI