fbpx

Celine Chan dicari bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis cari Celine Chan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

KUALA LUMPUR – Polis mengesan seorang wanita tempatan, Celine Chan Tzi San bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, Celine, 27 diperlukan bagi membantu siasatan bersabit Bukit Jalil di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Alamat terakhir wanita terbabit adalah di No. 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, Bukit Jalil.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani binti Muhamad Nor di talian 017-4918404,”ujarnya.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI